Microsoft Powerpoint

20 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas asas Microsoft Powerpoint. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang murid tahun 5. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk membimbing peserta membuat tajuk pembentangan yang lebih menarik. Selain itu, para peserta turut mempelajari asas-asas Microsoft Powerpoint secara menerus. Dengan adanya kelas berterusan sebegini, para peserta dapat mempertingkatkan kemahiran mereka sekaligus mencapai objektif yang ditetapkan. Pada masa akan datang, diharap ramai lagi penyertaan dari komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali